Sunday, November 8, 2009

kenangan

Hampir setiap waktu aku melihat handphone aku. Menunggu msg atau call dari insan yang ku sayang. Setiap kali ku tunggu makin aku kecewa.tiada msg atau call dari dia. Hati ku mula berbisik .... Aku sentiasa berfikir adakah aku melakukan kesilapan sehingga ia melakukan begini. Aku tak tahu kenapa dia membuat keputusan begitu. Adakah dia tak mengerti kerinduan ku atau Ia tak merasakan rindu padaku. Aku mula takut kehilangannya. Bagi ku dia adalah insan yang palingku sayang. Selama perkenalan ku dengan dia, aku sentiasa ceria bersamanya. Adakala aku dengan dia berselisih faham. Tetapi kemarahan ku tak tahan lama. Aku pun tak pasti kenapa dia mampu melembutkan hatiku sehingga aku jadi terlalu sayangkan dia.Aku hanya seorang insan yang memharapkan kebahagian bersamanya...Cukup lah sekadar hanya mendengar suaranya. Tapi bila aku memulakan call padanya.Panggilan ku seperti tidak diperlukan. Tiada kemesra seperti dahulu, tiada gelak ketawa, hanya kesunyian dan kesepian sahaja. Dia tak seperti dahulu, seperti wanita yang aku kenali dahulu yang pernuh dengan kemesraan. Mungkin dia mulai bosan dengan ku.…wanita yang aku kenali dahulu adalah wanita yang percayakan percinta kami.tetapi kini hanya kesepian yang kuhadapi .. ku hanya mampu melihatnya dalam lubuk hatiku sahaja.. aku memcari dimana silap ku sehingga dia begitu dingin bila bersama ku. Adakah dia sengaja ingin menguji cintaku atau memang dia tiada lagi cinta padaku. Ku mengharapkan agar cinta dia masih mekar di hati..Dia adalah KeKasih hati ku selamanya…keindahan bersamanya adalah penawar hati ku.. dia adalah satu dalam hidupku. Kebahagiannya adalah kerinduan ku. Terasa gelora rinduku ini menunggu satu tanda darinya. Malam ku bagaikan salju membeku dihati yang rindu. Sentuhan dirinya menwarnai duniaku. Kehadirannya dinanti agar damai kota sukma ku. Dia seindah pelangi yang tercipta, semerah mentari yang menyala, mengunung tinggi harapan ini agar gelora idaman ku gengami….sayang dengarlah rintihan ku agar kita kembali mesra seperti dahulu…

No comments:

Post a Comment